Janet Yellen
Janet Yellen

Janet Yellen

Janet Louise Yellen (lahir 13 Ogos 1946) ialah seorang ahli ekonomi Amerika Syarikat yang kini merupakan anggota terkemuka di Brookings Institution. Beliau juga merupakan profesor emeritus di Sekolah Perniagaan Haas di Universiti California, Berkeley. Beliau berkhidmat sebagai pengerusi Rizab Persekutuan ke-15 dari tahun 2014 hingga tahun 2018 yang merupakan wanita pertama memegang peranan itu. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi dari tahun 2010 hingga tahun 2014.[1] Presiden terpilih Joe Biden telah mengumumkan bahawa Yellen telah dicalonkan sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat dalam kabinetnya.[2]Yellen adalah ahli Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan dari tahun 1994 hingga tahun 1997 dan sekali lagi pada tahun 2010 hingga tahun 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton dari tahun 1997 hingga tahun 1999. Beliau juga merupakan Presiden Rizab Persekutuan Bank San Francisco dari tahun 2004 hingga tahun 2010. Pada tahun 2014, presiden Barack Obama telah mencalonkan Yellen untuk menggantikan Ben Bernanke sebagai pengerusi Rizab Persekutuan.[3] Beliau hanya berkhidmat satu penggal dari tahun 2014 hingga tahun 2018 kerana tidak dilantik semula oleh Presiden Donald Trump.[4]Selain sumbangan berterusan beliau terhadap bidang ekonomi, Yellen juga terkenal kerana memecahkan banyak penghalang jantina sebagai seorang wanita di dalam bidang.[3]

Rujukan

WikiPedia: Janet Yellen http://www.brownalumnimagazine.com/content/view/35... http://www.businessinsider.com/janet-yellen-new-yo... http://www.imdb.com/name/nm5908572/ http://www.jweekly.com/article/full/16557/u-c-berk... http://www.federalreserve.gov/aboutthefed/bios/boa... http://www.c-spanvideo.org/ http://www.nber.org/people/janet_yellen http://www.worldjewishcongress.org/en/news/14019/o... http://www2.warwick.ac.uk/fac/soc/economics/staff/... https://www.bbc.com/news/world-us-canada-55136504